Berikut adalah senarai nama syarikat dan pegawai yang boleh dihubungi bagi organisasi tersebut.
Syarikat-syarikat di bawah pernah mengambil pelajar UTeM (FKEKK) untuk latihan industri pada sesi yang lepas dan ada juga di antara syarikat tersebut yang menawarkan / menyediakan tempat untuk Latihan Industri pada sesi akan datang ini. Pelajar boleh menghantar surat dan dokumen berkaitan mahupun menghubungi syarikat, dengan meneliti tawaran yang diberikan di bawah.
Bahagian satu : Organisasi yang disenaraikan di bahagian satu ini adalah organisasi yang pernah mengambil pelajar UTeM untuk Latihan Industri pada masa yang lepas. Kekosongan tempat untuk Latihan Industri adalah bergantung kepada syarikat / organisasi. Pelajar boleh cuba menghantar COVER LETTER(surat ringkas yang menyatakan tujuan awak untuk melakukan Latihan Industri di organisasi berkenaan), SURAT PENGENALAN DIRI, RESUME & REPLY FORM serta menunggu balasan / follow up dengan syarikat mengenai keputusan permohonan. |
|---|